twitter facebook google plus linkedin rss feed Email Us

World Cup 2014 Limited Edition

Dapatkan segera jam tangan edisi terhad Piala Dunia 2014. *Sementara stok masih ada.

MEM BRAUNE

The MEM BRAUNE is a mixture of raw elements such as leather with a modern and contemporary style. Be Bold.

Jam Dinding / Wallticker

Dapatkan jam dinding versi jam tawaf dari kami. Pelbagai design untuk dipilih

Couple Set

Sangat sesuai dijadikan sebagai hantaran perkahwinan anda!!!

Wednesday, 18 June 2014

Mengapa Dengan Pusingan Lawan Jam?


Mengapa Dengan Pusingan Lawan Jam?


Dunia kita tercipta dalam kejadian yang sungguh menakjubkan. Dari fizik ke kimia, biologi ke astronomi, semuanya saling berkait untuk melengkapi di antara satu dengan yang lain dan MEM percaya bahawa setiap elemen ini menyumbang kepada keseimbangan alam di sekitar kita.

Memperkenalkan +CLOCKWISE, cara kami menginterpretasikan Counterclockwise(pusingan arah lawan jam).

Pernahkah anda bertanya dengan diri anda, kenapa pusingan jam di jam dinding rumah anda bergerak dari kiri ke kanan? Kenapa tidak kanan ke kiri?
Sebenarnya ini terjadi kerana tamadun-tamadun manusia yang hebat suatu ketika dahulu kebanyakkannya berkembang maju di Hemisfera Utara. Begitu juga dengan tamadun yang pertama menggunakan bayang-bayang matahari untuk melihat waktu(masa). Oleh kerana mereka berada di hemisfera utara, bayang-bayang matahari yang terhasil pada jam matahari mereka bergerak dari kiri ke kanan.
Jika tamadun-tamadun silam ini berkembang maju di Afrika Selatan atau New Zealand, kemungkinan besar jam kita pada hari ini bergerak sebaliknya, dari kanan ke kiri.
Jadi tiada silapnya bukan jika memanggil pusingan arah lawan jam ialah pusingan arah jam?

Jadi, kenapa Counterclockwise?

Sebenarnya Counterclockwise itu sendiri membawa banyak pengertian. Unsur positif dan semulajadi di dunia ini selalunya dikaitkan dengan pusingan lawan arah jam.

Pernahkah anda memerhati para atlet berlari di padang balapan? Sedarkah anda bahawa mereka berlari melawan arah jam? Darah manusia mengalir dari kiri ke kanan masuk ke dalam hati kita. Apabila kita berlari dalam keadaan melawan pusingan jam, darah kita akan bergerak dengan lebih lancar akibat tekanan yang terhasil berbanding dengan larian yang mengikut arah jam.
Selain itu, planet yang kita diami ini juga begerak mengelilingi matahari dalam pusingan melawan arah jam.

Oleh kerana itu, MEM percaya bahawa pergerakan counterclockwise dalam setiap unsur ini memberi sumbangan dalam menghasilkan dunia kita yang seimbang. Oleh sebab itu jugalah terhasilnya idea untuk menggunakan pusingan lawan arah jam di dalam pusingan jam kami.

Kami di sini hanya mahukan perbezaan. Bukannya ingin memberitahu anda mana yang betul, mana yang salah. Kerana setiap unsur di dunia ini saling memerlukan di antara satu dengan yang lain.

Mungkin sekarang anda sudah mengerti kenapa kami menggunakan simbol “+” di hadapan perkataan “clockwise”.

English Version 

No comments:

Post a Comment

 

Ruangan Iklan

Sila hubungi kami untuk ruangan iklan

Ruangan Iklan

Sila hubungi kami untuk ruangan iklan

About

mem-watches.blogspot.com adalah pengedar sah bagi produk MEM